Friday, October 22, 2010

Sarawak SPM Trial 2010 Pendidikan Islam 1

 SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH ZON A
KUCHING, SARAWAK
____________________________________________




PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2010                                 1223/1
PENDIDIKAN ISLAM
Kertas 1
September
2 Jam                                                                                                                            Dua jam
   









 

                                                                                                                                                      
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU


1.                  Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian : Bahagian A dan Bahagian B.

2.                  Bahagian A mengandungi 40 soalan.  Jawapan anda hendaklah ditulis pada ruangan yang disediakan di halaman 15.

3.                  Bahagian B mengandungi empat soalan subjektif.  Jawab tiga soalan:  Soalan 1, Soalan 2 dan  mana-mana satu soalan berikut.  Jawapan anda hendaklah ditulis dalam helaian tambahan yang disediakan.

4.                  Tulis nombor kad pengenalan dan angka giliran anda pada ruangan yang disediakan di halaman 15.

5.                  Ceraikan kertas jawapan di halaman 15 daripada kertas soalan.  Ikat kertas jawapan bersama-sama helaian tambahan dan serahkan kepada pengawas peperiksaan pada akhir peperiksaan.














Kertas soalan ini mengandungi 15 halaman bercetak
Bahagian A

[ 40 markah ]

Jawab semua soalan

Soalan 1 hingga soalan 20

Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan A, B, C dan DHitamkan jawapan yang tepat pada ruangan jawapan yang disediakan.

1
Berpura-pura melahirkan keimanan sedangkan hati tetap kufur kepada Allah adalah pengertian

A
nifak

B
kufur

C
riddah

D
khurafat

2


·         Merupakan kumpulan yang paling radikal dan sesat
·         Menganggap Al-Quran mempunyai makna zahir dan batin
·         Menghalalkan beberapa kemungkaran seperti minum arak
 


Pernyataan di atas merujuk kepada

A
Syiah Zaidiyah

B
Syiah Imamiyah

C
Syiah Batiniyah

D
Khawarij

3
Berikut adalah sebab dilarang memakan harta anak yatim kecuali

A
memelihara hubungan persaudaraan

B
mengelakkan mereka hidup terbiar dan melarat

C
mereka akan kehilangan pendapatan apabila dewasa

D
mencabuli hak mereka sebagai pewaris harta pusaka


4
Manakah kenyataan yang benar mengenai ciri-ciri kesesatan ajaran Qadiani?

A
Menganggap Acre di Palestin sebagai kiblat baru

B
Mendakwa  malaikat sebagai pancaindera Allah

C
Mengharuskan perzinaan melalui pernikahan batin

D
Menolak kewujudan hari kiamat, syurga dan neraka

5


·         Umat Islam akan ditindas
·         Merendahkan martabat agama
·         Mengancam keselamatan negara
 


Pernyataan di atas merujuk kepada akibat

A
mencuri dan merompak

B
mengumpat dan memfitnah

C
menipu dan bercakap bohong

D
melarikan diri dari medan perang

6






Pilih pernyataan yang benar mengenai perbezaan di antara hutang dan riba
Bil
Hutang
Riba
I
Membantu mereka yang susah
Menindas orang miskin
II
Hukum memberinya wajib
Hukum memberinya harus
III
Nilai tetap dan tidak bertambah
Nilai bertambah
IV
Memerlukan saksi
Tidak memerlukan saksi

A
I dan II

B
I dan III

C
II dan III

D
III dan IV

7
Selain daripada niat ihram di miqat, wajib umrah ialah

A
bermalam di Mina

B
bermalam di Muzdalifah

C
meninggalkan larangan ihram

D
melontar di Jamratul Aqabah


8


·         Islam
·         Baligh
·         Lelaki
·         Adil
·         Memahami ijab dan qabul
·         Tidak buta, pekak dan bisu
 




Pernyatan di atas adalah syarat

A
suami

B
wali

C
akad

D
saksi

9


·         Kematian salah seorang rakan kongsi
·         Rakan kongsi hilang kelayakan
 

Pernyataan di atas mengakibatkan sebuah syarikat

A
dilelong

B
dibatalkan

C
dibebani hutang

D
diisytiharkan muflis

10
Antara yang berikut yang manakah  syarat-syarat sah sa’ie?

I
Dilakukan sebanyak 7 kali dengan yakin

II
Dilakukan dengan cara menonggeng kepala

III
Dilakukan sebelum Tawaf Qudum atau Tawaf Ifadah

IV
Dimulakan  dari Bukit Safa dan berakhir di Bukit Marwah


A
I dan II

B
I dan IV

C
II dan III

D
III dan IV





11
Suami berkata kepada isterinya dalam keadaan marah.
I
“Tangan awak seperti abang saya”

II
“Awak bagi saya seperti ibu saya”





III
“Belakang awak sama dengan kakak saya”

IV
“Masakan awak sama dengan masakan emak saya “
Antara lafaz di atas yang manakah merujuk kepada lafaz zihar?

A
I dan II

B
I dan III

C
II dan III



Keengganan isteri menunaikan tanggungjawab terhadap suami tanpa alasan yang munasabah mengikut hukum syarak.
 
D
III dan IV

12


Pernyataan di atas merujuk kepada pengertian

A
nusyuz

B
qazaf

C
zihar

D
lian


13


Menghadap binatang ke arah kiblat
 






Y dalam gambarajah di atas ialah

A
memutuskan urat halkum dan urat mari’

B
menyembelih dengan sekali sembelihan

C
menyebut nama Allah seperti basmalah

D
melakukan sembelihan di hadapan haiwan lain


14
Antara usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Bani Umayyah untuk memperkuatkan ketenteraan ialah

A
melantik panglima tentera daripada kalangan bukan Arab

B
melakukan latihan ketenteraan pada musim sejuk sahaja

C
mengadakan latihan ketenteraan secara umum

D
membahagikan tentera kepada lima pasukan

15




Wujud semangat asabiyah
 

Sikap pemerintah
 





Kerajaan X merujuk kepada pemerintahan kerajaan

A
Umaiyah

B
Abbasiyah

C
Uthmaniah

D
Khulafa ar-Rasyidin

16
Gelaran kepada pemerintahan empat orang sahabat yang memegang jawatan dalam negara Islam dikenali sebagai

A
Khulafa al-Rasyidin

B
Wilayatul ahdi

C
Al-Khalifah

D
Al-Wazir

17


·         Menepati masa dan tidak pernah lewat menghadiri kelasnya.
·         Tekun dan gigih menyebarkan idea islah dalam kalangan masyarakat
·         Cinta kepada ilmu dengan menyediakan perpustakaan kecil di rumahnya.
 


Pernyataan di atas adalah mengenai

A
Ibnu Khaldun

B
Syed Jamaluddin

C
Sheikh Tahir Jalaluddin

D
Sheikh Muhammad Abduh

18
Imam Ahmad bin Hanbal adalah seorang tokoh terkemuka yang pernah berguru dengan Imam

A
Hanafi

B
Malik

C
Bukhari

D
Syafie

19
Tindakan terbaik bagi seorang pemimpin menjaga kesucian agama Islam ialah

A
mencegah perbuatan maksiat

B
menegakkan syariat Allah

C
membina masjid dan surau

D
menubuhkan sekolah agama

20
Hukum meratap ketika menziarahi jenazah ialah

A
sunat

B
harus

C
haram

D
makruh

Soalan 21 hingga Soalan 40

Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai




 








21
P dalam rajah di atas ialah ………………………………….

22
Q dalam rajah di atas ialah ……………………………………
23
Antara syarat ……………………. ialah meminta maaf sekiranya kesalahan itu berkaitan dengan orang lain.

24




Tawaf Qudum
 







R dalam rajah di atas ialah ………………………………………….

25


·         Abu Bakar mencadangkan Umar dan Abu Ubaidah
·         Orang Ansar mencadangkan Saad bin Abu  Ubaidah
·         Setelah perbincangan dibuat, akhirnya beliau dibai’ah oleh sahabat dan orang ramai
 



Pernyataan di atas merujuk kepada perlantikan ………………………. sebagai khalifah.

26


“ Tidak ada di muka bumi ini ( zaman ini ) sebuah kitab yang paling tepat selain kitab Al-Muwattak ”
 

Pernyataan di atas merujuk kepada kata-kata Imam ……………………….

27
Rekreasi …………………………. bertumpu kepada aktiviti lasak yang melibatkan ketahanan fizikal dan mental.

28
……………………………… bermaksud melakukan ibadah haji bagi pihak orang lain.

29
Waktu untuk menunaikan ibadah korban ialah selepas solat …………………………….. hingga terbenam matahari pada hari tasyrik iaitu 13 Zulhijjah.

30
Ajaran sesat Qadiani telah diasaskan oleh …………………………



31
Mengubah bentuk-bentuk ibadah seperti solat secara niat tanpa rukun qauli dan rukun fi’li adalah ciri-ciri kesesatan ajaran ………………………….

32
Hukum hadhanah terhadap anak yang belum baligh ialah ………………………..

33
………………………………… ialah mahar yang kadarnya ditentukan dan dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.


Rukun Rujuk
 
34




 




S dalam rajah di atas ialah ………………………………………

35
Pembaharuan dalam bidang ketenteraan pada zaman Bani Umaiyah dilakukan dengan mengikut corak gerakan tentera ……………………

36
Imam Al-Bukhari telah berjaya mengumpul sebanyak …………………… buah hadis dalam kitabnya Sahih Al-Bukhari.

37
Nama sebenar Imam Abu Hanifah ialah ………………………..

38
Melayan pesakit dengan mesra dan menunjukkan muka yang manis adalah adab menjaga orang sakit dari aspek ………………………………..

39
Antara bukti kecintaan seseorang terhadap negara ialah sanggup ……………………… negara daripada serangan musuh.

40
Pemimpin yang ………………………….. merupakan antara golongan yang mendapat perlindungan Allah pada hari kiamat.



Bahagian B

[ 60 markah ]

Jawab tiga soalan : Soalan 1, Soalan 2 dan mana-mana satu soalan berikutnya.


1
(a)
Minum arak dan menagih dadah merupakan salah satu faktor berlakunya kehancuran umat.



(i)
Apakah maksud arak?                                                                      [2 markah]

       

(ii)
Nyatakan faktor yang mendorong remaja minum arak.                    [2 markah]



(iii)
Jelaskan dua keburukan minum arak terhadap individu.                 [4 markah]






(b)
Ajaran sesat merupakan ajaran yang terpesong akidahnya daripada syariat Islam.



(i)
Nyatakan dua faktor yang menyebabkan ajaran sesat masih berleluasa  dalam masyarakat masa kini.                                                           [2 markah]



(ii)
Terangkan dua cara untuk membendung ajaran sesat .
                                                                                                         [4 markah]



(iii)
Siapakah pengasas ajaran Bahai?                                                   [2 markah]






(iv)
Jelaskan dua ciri kesesatan ajaran Bahai.                                       [4 markah]


2
(a)
Sayii1
Gambar 1
Satu daripada rukun haji



(i)
Namakan ibadat haji yang dilakukan oleh umat Islam seperti dalam gambar di atas.                                                                                              [2 markah]



(ii)
Bilakah ibadat tersebut dilakukan?                                                   [2 markah]






(iii)
Nyatakan dua jenis dam dalam ibadah haji.                                    [2 markah]



(iv)

Jelaskan dua  hikmah diadakan dam.                                              [4 markah]






(b)
Li’an merupakan salah satu cara penyelesaian masalah rumahtangga bagi pasangan suami isteri.



(i)
Nyatakan maksud li’an.                                                                    [2 markah]



(ii)

Jelaskan dua implikasi li’an terhadap pasangan suami isteri.          [4 markah]








(c)
Nyatakan hukum dan alasan bagi situasi berikut



(i)
Encik Samad telah menjual buah rambutan yang baru berputik di atas pokok kepada jirannya.                                                                               [2 markah]

      

(ii)


Encik Azmin telah menceraikan isterinya yang sedang mengandung lima bulan dengan talak satu.                                                                  [2 markah]


3
(a)
Kekuatan ekonomi kerajaan Bani Umaiyah bergantung kepada kekuatan pertanian dan perdagangan.



(i)
Terangkan dua usaha Kerajaan Bani Umaiyah untuk meningkatkan ekonomi negara.                                                                                             [4 markah]



(ii)
Nyatakan dua hasil negara pada zaman Kerajaan Bani Umaiyah. [2 markah]



(b)
Imam Malik adalah seorang yang terkenal dengan sifat ketegasan .



(i)
Jelaskan dua hujah yang membuktikan sifat ketegasan beliau.      [4 markah]



(ii)
Terangkan dua sumbangan Imam Malik dalam tamadun Islam.
[4 markah]



(c)
Islam sangat mementingkan umatnya yang cergas dan bersemangat waja dalam menjalani kehidupan.



(i)
Nyatakan dua faedah rekreasi dari aspek fisiologi.                          [2 markah]






(ii)
Huraikan dua akibat sekiranya penduduk Malaysia tidak menggunakan tempat rekreasi dengan baik.                                                           [4 markah]

4
(a)
Khalifah-khalifah Abasiyah amat mengambil berat tentang perkembangan sains dan teknologi.



(i)
Nyatakan dua usaha yang dilaksanakan untuk memajukan bidang tersebut.
                                                                                                          [2 markah]



(ii)
Terangkan dua kesan yang dinikmati oleh umat Islam hasil dari penemuan sains dan teknologi pada zaman Kerajaan Abasiyah.                      [4 markah]



(b)
Gambar 2
Lakaran wajah HAMKA

HAMKA merupakan ulama Islam yang terkemuka di Nusantara.



(i)
Senaraikan dua karya utama beliau dalam bidang agama.            [2 markah]






(ii)
Nyatakan dua sifat  peribadi beliau yang boleh anda contohi.        [2 markah]






(iii)
Jelaskan dua sumbangan beliau dalam bidang dakwah.                 [4 markah]



(c)
Gambar 3
Contoh pencemaran alam

Kerosakan alam sekitar adalah disebabkan oleh tangan manusia sendiri.



(i)
Terangkan dua punca berlakunya pencemaran alam.                     [4 markah]



(ii)
Jelaskan  langkah untuk mengatasi masalah tersebut.                    [2 markah]

No comments:

Post a Comment